Perak Hari Ini

Projek Qube Tambun Tidak Jejas Kawasan Sekitar Permai Lake View

IPOH: Pihak MH Amanjaya Properties Sdn Bhd (MHAP) hari ini menafikan laporan negatif beberapa akhbar tempatan mengenai projek Qube Tambun yang bakal dibina tidak lama lagi.

Pengerusinya, Adnan Shahuddin berkata, dakwaan mengenai kesan negatif yang akan timbul berikutan pembangunan projek itu adalah tidak benar.

Sebagi pemaju, beliau berkata, pihaknya telah mendapat kelulusan daripada beberapa jabatan dan juga pihak berkuasa tempatan kerana ia merupakan projek yang selamat dan mesra alam.

“Projek ini bermula pada awal tahun 2014 atas tanah seluas 1.98 ekar dan kita rancang untuk membina dua blok pangsapuri kos sederhana setinggi 15 tingkat.

“Kita telah mendapat kelulusan merancang daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) , kelulusan Pelan Jalan dan Perparitan daripada Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) dan beberapa pihak lain untuk membangunkan projek ini.

“Selepas menerima laporan, kita telah melantik syarikat perunding yang bertauliah untuk memberi ulasan dan laporan daripada segi teknikal dan struktur pembinaan projek.

“Laporan itu akan kita serahkan kepada pihak berkuasa negeri,” ujarnya pada sidang media di MH Hotel di sini, hari ini.

PERAK TODAY 1 (13)

Beliau berkata, sekiranya projek berkenaan mendatangkan masalah kepada penduduk setempat, pihak berwajib tidak akan memberi sebarang kelulusan kepada projek tersebut.

“Pada masa ini, kita hanya menjalankan kerja membaikpulih sistem perparitan dengan kos lebih RM600,000 sebagai persediaan apabila hujan, air terus disalirkan ke kolam tadahan bagi mengelakkan banjir.

“Walaupun telah mendapat surat tiada halangan daripada pihak JPS untuk kerja tanah, kita tidak akan mulakan kerja tanah ini sehingga dapat kelulusan khas daripada MBI.

“Kita juga belum membuat sebarang pelancaran berikutan pelan bangunan belum lagi diluluskan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa terdapat usaha dilakukan untuk mempengaruhi penduduk setempat bagi membantah projek yang dijalankan syarikatnya.

“Kami difahamkan bahawa pihak tersebut pernah memohon untuk mendapatkan tanah di kawasan Qube untuk dijadikan tempat letak kereta dan helipad,” jelas beliau lagi.

PERAK TODAY 2 (10)

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Permai Lake View, Mohd Nooramin Kaw Abdullah berkata, bantahan yang dibuat 7 Mac lalu dianjurkan oleh bukan penduduk setempat.

“Kami yang duduk di sini hampir 11 tahun, dan bantahan berkenaan dibuat oleh orang luar bukan daripada persatuan penduduk yang tinggal di Permai Lake View.

“Kami tidak akan membantah projek yang memberikan manfaat kepada penduduk setempat,” kata beliau lagi.

Minggu lalu, beberapa akhbar tempatan mendakwa bahawa projek Qube Tambun memberikan impak negatif terhadap alam serta menyebabkan banjir kepada penduduk sekitar.

Media berkenaan juga melaporkan bahawa projek berkenaan mendapat bantahan daripada para penduduk terutamanya di Permai Lake View iaitu satu kawasan perumahan berdekatan dengan kawasan projek berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");