Berita Hari Ini

Sasaran 55 peratus tenaga kerja wanita – Rohani

KUALA LUMPUR: Kerajaan melancarkan Geran Kembali Bekerjaya bagi menggalakkan syarikat mengambil wanita yang sebelum ini berhenti sementara untuk kembali bekerja.

Ia juga sebahagian daripada agenda nasional untuk meningkatkan penyertaan kaum wanita di tempat kerja dan memaksimumkan modal insan.

Inisiatif itu yang dilaksanakan menerusi kerjasama Talent Corporation Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dilancarkan Datuk Seri Rohani Abdul Karim, di sini, sebentar tadi.

Rohani berkata, usaha itu dapat meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 55 peratus menjelang akhir tahun ini.

“Inisiatif ini akan menyokong majikan memenuhi keperluan modal insan mereka bagi menyumbang kejayaan jangka panjang perniagaan,” katanya.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");