Berita Hari Ini

SPRM selesai rakam keterangan 11 individu

Ipoh: Sebelas individu termasuk enam pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sebelum ini direman selama 10 hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dibebaskan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merakamkan keterangan dan menjalankan siasatan terhadap mereka.

Perintah pembebasan itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Shamshol Azwa Martadza.

Terdahulu kesemua suspek berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh dengan menaiki bas kira-kira jam 10 pagi.

Pegawai Pendakwa SPRM, Roseli Roszaini berkata, mahkamah sebelum ini membenarkan kesemua suspek terbabit direman selama 10 hari untuk membantu siasatan kes Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009.

Menurutnya, tempoh reman itu tamat hari ini dan pihaknya sudah selesai merakamkan keterangan serta siasatan terhadap mereka dan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Katanya, sebahagian individu berkenaan mungkin akan didakwa dalam masa terdekat ini, manakala sebahagian lagi mungkin akan dipanggil untuk menjadi saksi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan tangkapan dibuat terhadap beberapa individu termasuk pegawai TLDM, susulan maklumat awam dan hasil siasatan SPRM terhadap gaya hidup semua penjawat awam terbabit yang melebihi daripada kemampuan pendapatan bulanan mereka.

Difahamkan, rasuah itu juga berkaitan dengan beberapa isu mencurigakan berkaitan kontrak dan pembelian barangan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");