Membawang Hari Ini

Tarikan Firman, Adira

Kehadiran dua bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) sempena Festival Cuti Sekolah Bank Rakyat yang berlangsung di pusat beli-belah One Borneo, Kota Kinabalu Sabah berjaya menggamatkan lebih 1,000 pengunjung yang hadir, Sabtu lalu.

Pengunjung yang hadir mula membanjiri kawasan festival seawal jam 1 petang untuk melihat sendiri persembahan Juara AF 2014, Firman dan Naib Juara AF8, Adira.

Di samping persembahan dua bekas pelajar AF itu, pengunjung turut dihiburkan dengan aktiviti sampingan yang dikelolakan penyampai ERA FM Sabah, Ily, Biebey, Christ, Kim dan Lopz Wala.

Selain mengelolakan aktiviti pentas, penyampai ERA FM Sabah turut mengadakan siaran luar bersama pendengar di pekarangan kawasan festival itu.

Festival Cuti Sekolah Bank Rakyat itu diadakan untuk menghargai pelanggan baru dan sedia ada yang melanggan produk perkhidmatan bank berkenaan termasuk pembiayaan dan deposit.

Persembahan hiburan dimulakan dengan nyanyian Adira yang membawakan dua singlenya bertajuk Ilusi dan Hilang.

Sebaik selesai membuat persembahan, penyampai ERA FM Sabah, Kim dan Christ mengambil peluang untuk membuat aktiviti permainan pentas hampir 30 minit sebelum Firman mengambil tempat membuat persembahan.

Sebaik selesai membuat aktiviti pentas, Firman membuat persembahan pertama dengan membawakan lagu bertajuk Suci nyanyian Yanzten.
Meskipun tidak sihat ketika membuat persembahan, Firman tidak menghampakan peminatnya dengan meneruskan nyanyian membawa lagu single pertamanya, Dipintumu dan diikuti lagu bertajuk Insan nyanyian Yanzten.

Terdahulu, Ketua Wilayah Bank Rakyat Sabah, Norahim Buang berkata, persembahan dua bekas pelajar AF itu untuk menghiburkan pelanggan yang hadir.

“Seperti semua sedia maklum, Firman dan Adira antara penyanyi yang diminati ramai khususnya di Sabah dan pengurusan Bank Rakyat mengambil inisiatif membawa mereka untuk menghiburkan pengunjung yang hadir.

“Disamping pelanggan membuat permohonan langganan produk Bank Rakyat, pengunjung di persekitaran One Borneo ini juga dapat berhibur dengan persembahan Firman dan Adira,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");