Sukan Hari Ini

Strategi Perak Menjadi

Ipoh: Langkah Perak menukar posisi awang import Namkung Woong kepada penyerang nyata berbaloi apabila pemain Korea Selatan itu menyumbat empat gol buat pasukan setakat ini.
Tindakan jurulatih Datuk M Karathu mengubah kedudukan Woong daripada pemain tengah kepada penyerang kembar bersama Charles Souza Chad dianggap tepat kerana pemain tinggi lampai itu nyata tidak menghampakan.
“Saya dapat lihat dia memiliki ketinggian, kemahiran dan boleh menyimpan bola dan membuat percaturan menurunkannya sebagai penyerang.
“Saya gembira kerana percaturan itu berhasil apabila dia membalas kepercayaan dengan menyumbang gol.
“Sebagai penyerang itu tugasnya. Dia sudah membuktikan keupayaannya sebagai penyerang,” katanya.
Begitupun sebelum itu pengambilan bekas pemain Kedah itu menimbulkan keraguan dalam kalangan peminat pasukan The Bos Gaurus (TBG) kerana mendakwa Perak mengambil pemain yang dibuang pasukan Helang Merah itu.
Malah, tidak kurang yang menyelar kemampuan pemain itu kerana ‘lembik’ gara-gara kerap terjatuh apabila berlaga dengan pemain lawan.
Begitupun, Woong mula menjadi sanjungan apabila menyumbang empat gol termasuk yang terbaru menjaringkan dua gol ketika Perak menumpaskan Shahzan Muda 3-1 dalam saingan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu lalu.
Dua gol lagi dicetaknya dalam kancah Liga Super ketika menentang Sime Darby FC dan LionsXII.
Selain Woong, gol Perak dihasilkan Mohd Nurridzuan Abu Hassan (2) dan kapten Mohd Nasir Basharuddin serta Chad, masing-masing satu.
Malah, Karathu juga boleh menghela nafas lega kerana Marco Tulio Silva yang pertama kali beraksi ketika menentang Shahzan turut mempunyai penyudah berkesan.

-hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");