Isu Panas

Tidak perlu tuding jari kepada Umno

KUALA TERENGGANU – Pihak pembangkang diharap tidak menuding jari terhadap Umno dan BN dalam kemelut yang melanda parti dalam PR sejak kebelakangan ini.

Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Amirudin Abd Rashid mengakui Umno sendiri mempunyai masalah dalaman di pelbagai peringkat, namun tidak pernah menyalahkan kepada mana-mana pihak.

Sehubungan itu menurutnya, tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak terbabit adalah menilai kelemahan yang berlaku dan berusaha menyelesaikannya tanpa membabitkan pihak ketiga.

“Umno hadapi masalah juga tetapi tidak pernah tuding jari kepada lawan. Sepatutnya apa yang berlaku itu, perbetulkan dengan cara sewajarnya dan tidak salahkan pihak lain.

“Apa yang berlaku adalah dalaman kita. Apabila kita tidak mahu terima hakikat, tidak perlu tuduh orang lain,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Umno tidak mencampuri urusan lawan tetapi tidak menolak pihaknya turut memerhati perkembangan dari jauh.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Pemuda Umno Terengganu berkata, apa sahaja yang berlaku di pihak lawan sudah tentu akan menjadi tumpuan pihaknya, begitu juga sebaliknya kerana perkembangan semasa politik akan membawa kesan kepada perubahan politik akan datang.

“Kita tidak boleh elak melihat perkembangan dan masalah rumah tangga parti lain kerana kita adalah parti lawan tetapi kita tidak pernah mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku.

“Dalam parti bukan semua yang kita buat betul, janganlah kita anggap kita betul belaka,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan kerjasama antara Umno dan Pas akan mengukuhkan perpaduan Melayu dan Islam di negara ini.

Beliau menjelaskan, perkara itu juga mungkin menjadi salah satu punca penentangan segelintir ahli Pas terhadap Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Abdul Hadi dilihat mahu menyatukan orang Islam di negara ini terutama dari sudut politik.

Jelasnya, kepimpinan Umno juga tidak pernah menutup pintu ke arah perpaduan untuk bersama-sama Pas memandangkan kedua-duanya didominasi orang Melayu dan Islam, yang boleh membantu mengukuhkan kekuatan umat Islam di negara ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");