Sukan Hari Ini

Suka dalam duka

Reuters London: Pengurus England Roy Hodgson gembira dengan aksi dipamerkan Harry Kane walaupun boleh dianggap masih mentah dalam saingan antarabangsa ketika membantu pasukannya menang 4-0 ke atas Lithuania pada kelayakan Euro 2016 semalam.

Begitupun, Hodgson sedikit kecewa dan menganggap kegembiraan skuad England sedikit tercemar dengan kecederaan dialami Danny Welbeck.

Kane yang muncul pesaing utama untuk anugerah Pemain Terbaik Tahunan England hasil aksi cemerlang bersama Tottenham Hotspur, menanduk masuk gol keempat Three Lions hanya selepas 80 saat dimasukkan bagi menggantikan kapten Wayne Rooney.

“Saya gembira bagi pihaknya, terdapat banyak tekanan di sekelilingnya tetapi adalah sesuatu yang menakjubkan apabila dalam tempoh 25 minit pertama selepas dimasukkan, dia berjaya bermain cemerlang selain menjaringkan gol antarabangsa pertamanya,” kata Hodgson.

“Pada pendapat saya, dia boleh beraksi untuk tempoh lebih lama lagi selepas ini,” tambah Hodgson yang membawa masuk Kane pada minit ke-71 di Wembley.

Ditanya kemungkinan Kane akan lebih tertekan selepas menjaringkan gol pertamanya dalam tempoh terlalu awal, Hodgson menjawab:

“Saya tidak fikir dia seorang yang mudah mengalah pada tekanan tetapi dia perlu belajar bagaimana untuk menangani tumpuan peminat terhadapnya.

“Tetapi saya yakin dia mampu mengatasi semua perkara itu dan dia akan terus menimba ilmu di Tottenham. “Kami tidak menyenaraikannya di dalam skuad kebangsaan dengan niat mahu membunuh kariernya.

Kami mahu menjadikan dia sebahagian daripada masa depan kami. Itulah yang mahu saya saksikan.”

Sementara itu, jurulatih Lithuania Igoris Pankratjevas kecewa selepas anak buahnya tewas 4-0 dan jumlah itu serupa dengan kekalahan yang dialami di tangan Switzerland November lalu.

“Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik dari semua segi. Kami tidak bermain dengan baik dan itu adalah antara faktor kekalahan.” – hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");