Perak Hari Ini

Ustaz Kazim Umum Undur Ceramah Secara Langsung Di Televisyen

BATU KURAU: Pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias membuat pengumuman tidak akan muncul secara langsung dalam program ceramah agama di kaca televisyen.

Berita itu diumumkan dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertempat di Padang Astaka, dekat sini yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1, sebentar tadi.

Ia sekaligus menjadi program terakhir Ustaz Kazim yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen tempatan.

Namun begitu, ceramah biasa akan diteruskan seperti biasa.

Selain itu, Ustaz Kazim juga berkata, program yang sudah direkod dan yang sudah ditandatangani kontrak akan berjalan seperti biasa.

Sebelum ini, Ustaz Kazim menarik perhatian ramai apabila sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis menyatakan tidak setuju di atas pemilihannya sebagai panel termasuk program Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang diadakan di Perlis.

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan tidak setuju berikutan Ustaz Kazim didakwa menyebarkan riwayat palsu mengenai Rasullullah SAW dalam ceramahnya.

Malah, terbaharu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut menegur Ustaz Kazim kerana menggunakan unsur jenaka ketika menyampaikan ceramah yang disifatkan beliau sebagai ‘penglipur lara’.

Mengulas mengenai hasratnya itu, Ustaz Kazim menyatakan sekiranya beliau berhenti berceramah maka pusat pengajian yang diasaskannya itu hanya mampu bertahan selama 2 tahun saja

“Bil elektrik untuk 1 blok asrama saja RM10,000 sebulan. Jika saya berhenti berceramah bagaimana saya hendak tampung kos keseluruhan pusat yang memerlukan sekurang-kurangnya RM150,000 sebulan.

“Pusat pendidikan ini tiada tajaan daripada sesiapa, jika ditutup bermakna hilanglah sekolah pondok yang berjaya naikkan nama Perak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");