Jenayah

AADK sasar musnah 7 port penagih

KUALA BESUT – Sekurang-kurangnya tujuh sarang penagih akan dimusnahkan di daerah ini dalam tempoh terdekat tahun ini oleh AADK menerusi program ‘My Beautiful Malaysia’ anjuran agensi tersebut.

Ketua Pegawai AADK Besut, Normayati Mat Nawi berkata, setakat ini sebuah sarang penagih telah dimusnahkan di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut hasil kerjasama JKKK dan Rela Sabtu lalu.

Menurutnya, operasi memusnahkan sarang penagih yang terletak di bawah sebuah jambatan di kampung itu dilakukan sempena program tersebut yang diadakan sehari di kampung berkenaan.

“Sarang tersebut telah dikenal pasti jadi tempat penagih terutama penagih dadah jenis heroin melepaskan gian.

“Terdapat alas tempat tidur dan banyak jarum suntikan terpakai di bawah jambatan, kesemua barangan dipercayai ada kaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah itu telah dimusnahkan,” katanya.

Beliau berkata, program berkenaan bertujuan memperkasakan gelombang kesukarelaan dalam kalangan komuniti untuk membanteras penyalahgunaan dadah di kawasan berisiko tinggi.

“Selain itu turut diadakan gotong-royong membersihkan persekitaran dan rumah terbiar atau lokasi yang berpotensi jadi sarang penagih,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");