Jenayah

Berbalas tembak di stesen minyak

Alor Setar: “?Saya lihat polis mengepung kereta Honda City warna kelabu penjenayah itu dan mengarahkan keluar, namun mereka mengundurkan kereta menyebabkan beberapa das tembakan dilepaskan,”? kata pekerja sebuah stesen minyak yang ingin dikenali sebagai Sufian, 24, menceritakan detik cemas adegan berbalas tembakan di stesen minyak di Kuala Kedah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.54 pagi itu, tiga lelaki lingkungan 20-an yang amat dikehendaki polis kerana terbabit dalam sindiket samun dan curi kereta mewah dikepung Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman di stesen minyak itu, namun gagal apabila mereka berjaya melarikan diri.

Malah, suspek turut menyamun sebuah kereta Proton Persona merah milik seorang lelaki di stesen minyak di Pendang jam 1.15 petang.

Sufian berkata, ketika kejadian, dia sedang mengisi minyak kenderaan pelanggan sebelum kereta suspek masuk ke stesen minyak itu, namun sebaik menyedari kehadiran polis mereka terus mengundur kereta sehingga terlanggar pembahagi jalan.

“?Selepas itu terdengar beberapa das tembakan menyebabkan saya dan beberapa pelanggan berlari masuk ke dalam kerana bimbang dengan keselamatan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati ia adalah operasi dijalankan STAFOC Bukit Aman yang memburu geng samun dan curi kenderaan mewah.

Menurutnya, suspek turut menyamun sebuah lagi kereta Proton Persona di sebuah stesen minyak di Pendang, dekat sini dan meninggalkan kereta Honda City itu sebelum beredar.

“?Hasil siasatan kita percayaseorang daripada daripada suspek mengalami kecederaan berdasarkan penemuan darah di dalam kereta ditinggalkan mereka,? katanya.

Mohd Nashir berkata, usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan mereka turut sempat menyamun sebuah lagi kereta Volkswagen di kawasan Juru, Pulau Pinang.

Beliau berkata, semakan kereta Honda City itu mendapati ia dilaporkan hilang di Kepong pada 2 April lalu.
? “Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,?” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");