Sukan Hari Ini

Daren Berehat Di Hospital, Disyaki Demam Denggi

PETALING JAYA: Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Liew Daren dipercayai dijangkiti demam denggi dan ditahan di Hospital Sungai Long pada Selasa.

Menurut Daren, 27, dia mula demam dan sakit badan sejak Isnin.

“Hari ini, mak bawa saya ke hospital untuk buat pemeriksaan dan hasilnya saya disyaki dijangkiti demam denggi.

“Saya ditahan di hospital ini untuk rawatan lanjut. Harap-harap demam denggi ini tidak terlalu serius,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Jelas Daren, dalam tempoh beberapa hari ini dia terpaksa berehat daripada latihan sehingga keadaannya kembali pulih.

“Saya sebenarnya dalam persiapan untuk menyertai kejohanan di New Zealand hujung bulan ini, namun dengan keadaan sekarang mungkin saya tidak dapat beraksi.

“Apa pun tunggu keputusan daripada pihak pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM),” jelasnya lagi.

Sementara itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima apa-apa maklumat mengenai Daren yang didakwa dijangkiti demam denggi.

“Saya belum terima apa-apa berita mengenai Daren lagi,” jawabnya ringkas.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");