Jenayah

Dua maut rempuh jejambat

Johor Bahru: Dua maut, seorang lagi parah selepas kereta dinaiki merempuh tiang jejambat Jalan Pasir Pelangi, Johor Bahru, 2.45 pagi tadi.

Dua yang maut ialah pemandu Proton Wira terbabit dikenali Lim Hong Hui, 27, dan penumpang hadapan Then Fook Sian, 34, manakala penumpang belakang dikenali Ng Yee Chuan, 22, parah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, ketika kejadian, kereta berkenaan dari arah pusat bandar Johor Bahru menghala Kuala Lumpur dan terbabas ke tengah pembahagi jalan sebelum merempuh tiang jejambat berhampiran simpang lampu isyarat Bakar Batu itu.

Akibat rempuhan itu, Lim maut di tempat kejadian manakala Then meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah di sini.

“Manakala seorang lagi penumpang yang parah masih kritikal.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");