Perak Hari Ini

Penunggang Motosikal Maut, Terbabas Ke Dalam Gaung

PENGKALAN HULU: Seorang penunggang motosikal maut setelah motosikal yang dipandunya terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung hari ini.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat, kejadian tersebut berlaku di Jalan Kuak Hulu menghala ke Jalan Lama.

“Kejadian berlaku sekitar jam 3.26 petang tadi,” katanya.

IMG-20150426-WA0013

Tambah sumber lagi, setibanya penyelamat dikawasan kejadian mendapati sebuah motosikal telah terbabas ke dalam sebuah gaung sedalam.hampir 15 kaki.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa seorang lelaki Melayu Mohd Zaidi Mohd Hamdi maut di lokasi kejadian,” katanya.

Ujar sumber lagi, mangsa 34 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

“Pihak penyelamat telah menggunakan tali dan alat bantuan khas bagi mengeluarkan mangsa daripada kawaaan gaung berkenaan,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis bagi tindakan susulan.

Operasi tamat sekitar jam 4.45 petang tadi yang diketuai oleh Ketua Operasi PB Md Zaki Salleh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");