Jenayah

Dua tebusan terbunuh dalam operasi tentera AS

WASHINGTON, 24 April:

Menurut Rumah Putih hari ini, satu operasi tentera Amerika Syarikat di kawasan Al-Qaeda berhampiran sempadan Afghanistan-Pakistan menyebabkan tebusan rakyat AS dan Itali terbunuh bersama seorang anggota kumpulan Al-Qaeda, lapor BBC.

Warren Weinstein, seorang rakyat Amerika, dan Giovanni Lo Porto, warga Itali, terbunuh dalam serbuan itu di rantau sempadan Afghanistan dan Pakistan.

“Tiada kata-kata yang boleh menyatakan kekesalan kami terhadap tragedi itu,” menurut Rumah Putih.

Presiden Barack Obama menyifatkan ia sebagai satu kehilangan yang menyakitkan.

Jurucakap Al-Qaeda yang juga warga AS, Adam Gadahn, terbunuh “dalam satu lagi operasi anti-keganasan”.

-therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");