Jenayah

Elak langgar kereta, 2 remaja nyaris maut

TAIPING – Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas dua remaja yang nyaris maut selepas merempuh sebuah kedai makan gara-gara cuba mengelak dari melanggar sebuah kenderaan dalam di Jalan Tupai, dekat sini, kelmarin.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang itu melibatkan sebuah kereta Toyota Vios, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Saksi kejadian, MK Ramesh, 37, berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan mengejutkan orang awam di situ.

“Mujur kedai makan itu tutup, kalau tidak, tak tahulah apa yang akan terjadi.

“Cuma ada seorang wanita yang menjual bunga di depan kedai makan itu, namun dia bernasib baik kerana tidak terlibat dalam kemalangan ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Ramesh berkata, kedua-dua remaja berkenaan tidak cedera namun kenderaan dipandu mereka mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

“Kedua-dua remaja terbabit dipercayai dalam perjalanan dari pekan Taiping menghala ke Pokok Assam,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");