Panasnya Hari Ini

Gambar, Kad Pengenalan Disebarkan, Princess Nur Bidadari Mohon Semua Henti Penyebaran

Penyebaran gambar berperwatakan perempuan dan kad pengenalan dengan nama lelaki yang lebih dikenali sebagai Princess Nur Bidadari telah mencetuskan pelbagai pandangan dan kritikan daripada masyarakat di luar sana.

Princess Nur Bidadari merupakan nama samaran yang digunakan olehnya dalam media sosial Facebook dan beliau memohon agar semua pihak menghentikan penyebaran gambar dan kad pengenalannya.

Penyebaran gambar dirinya yang berperwatakan seperti perempuan dan salinan kad pengenalan dengan nama lelaki mengundang pelbagai kritikan daripada masyarakat.

Kesan daripada peyebaran gambar berkenaan, individu ini memasukkan video dirinya yang berdurasi 1.09 minit itu, memohon dan merayu agar semua pihak menghentikan penyebaran gambarnya itu.

“Malu sangat, saya hanya mencari rezeki yang halal, tidak kacau orang.. tolonglah jangan buat IC saya macam itu,” luahnya.

Princess Nur Bidadari turut menyatakan dalam klip video berkenaan bahawa dirinya hilang arah apabila mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan.

“Apa salah saya pada semua, saya minta maaf.. saya merayu sangat,” katanya di akhir rakaman video berkenaan.

Video itu dimasukkan di laman Facebooknya sekitar 4 jam yang lalu menerima pelbagai pandangan dan ada juga yang melemparkan kritikan pedas.

Usaha untuk mendapatkan komen individu ini masih belum berhasil.

Namun diharapkan semua pihak bertindak rasional dan menjaga sensitiviti setiap insan serta menghormati permintaannya.

Penyebaran maklumat sebegini tidak sepatutnya terjadi kerana ianya hanya akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada individu terbabit dan juga corak pemikiran masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");