Jenayah

Hangus sekelip mata

KUANTAN – Sebuah rumah milik seorang warga emas hangus dalam kebakaran di Kampung Gempu Batu Sawar, Kuala Kurau, Temerloh semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, rumah milik mangsa, Halimah Yusof musnah 100 peratus selepas api marak dengan cepat.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, bomba Temerloh menerima panggilan pada jam 2.13 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba, api sedang marak dan bomba berjaya melakukan kerja-kerja pemadaman api 3.13 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 3.43 pagi.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah yang musnah sepenuhnya dan kejadian berlaku ketika semua penghuni di kawasan berdekatan sedang nyenyak tidur,” katanya.

Beliau berkata, sembilan anggota dan termasuk seorang pegawai berjaya memadamkan api dengan kekuatan satu jentera bomba dan sebuah hilux.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa yang cedera dan punca kerugian masih dalam siasatan.

“Kita belum dapat menganggarkan kerugian dan masih menyiasat punca kebakaran,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");