Membawang Hari Ini

Lima gadis Hatta Hijab Squad

Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat baru-baru ini, mengumumkan lima orang pemenang bagi program pencarian bakatnya The Faces of Hatta Hijab yang berlangsung di butik miliknya Hatta Dolmat Couture, baru-baru ini.

Menurut Hatta, program itu bertujuan untuk mencari bakat baru dalam bidang peragaan sambil memberi peluang kepada golongan muda khususnya wanita bagi memperagakan produk pakaian wanita keluarannya iaitu Hatta Hijab.

“Sejak bermula Februari lalu, ia berjaya menarik hampir 100 peserta wanita ketika sesi uji bakat. Daripada jumlah itu, 12 peserta dipilih sebelum lima peserta dipilih sebagai pemenang yang kini dikenali sebagai ‘Hatta Hijab Squad’,” katanya.

Hatta berkata, mengikut perancangan awal hanya tiga peserta dipilih sebagai pemenang, namun lima finalis terbabit mempunyai kekuatan dari segi karakter dan personaliti masing-masing.

Lima gadis bertuah itu ialah Izwani Merican, 20, Anisah Farid, 19, Umi Haneda, 21, Yarona Yunu, 19 dan Suzana Abdul Manaf, 21, dan kemenangan mereka diumumkan di Instagram dan Facebook rasmi Hatta.

Selain itu, Izwani juga dimumumkan sebagai ‘Most Favorite Social Media’ kerana meraih jumlah ‘likes’ paling tinggi di Instagram sepanjang pemilihan dijalankan.

Selain berpeluang memperagakan pakaian Hatta Hijab, beberapa pakaian keluaran khas akan dinamakan atas nama pemenang yang terpilih.
Ini program pertama anjuran Hatta bagi pencarian bakat khusus kepada wanita saja.

Sebelum ini, Hatta juga pernah menganjurkan program pencarian bakat lelaki Hatta HIM yang berlangsung buat kali kedua pertengahan tahun ini.

Setakat ini, Hatta Hijab Squad sedang menjalani sesi penggambaran sebelum mula membabitkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan pereka fesyen itu.

Maklumat lanjut mengenai The Faces of Hatta Hijab 2015 boleh dilayari di laman rasmi Instagram @hattadolmatofficial.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");