Jenayah

Cari cacing jumpa senapang

SEGAMAT – Seorang lelaki yang sedang mencari cacing untuk dijadikan umpan memancing terkejut apabila menemui selaras senapang patah di sebuah ladang sawit di Felda Kemelah, di sini, pagi kelmarin.

Lelaki tersebut yang hanya ingin dikenali Roslan, 53, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dia yang bersendirian di ladang tersebut menemui sebuah beg panjang berzip warna coklat yang telah kotor.

“Pada awalnya, saya tidak mengendahkan beg tersebut kerana menyangka ia mengandungi batang pancing yang mungkin tertinggal oleh kaki pancing kerana kawasan ini salah sebuah lubuk ikan yang terkenal.

“Bagaimanapun, saya tergerak hati untuk mengalihkan beg tersebut dan berasa ia sangat berat. Sebaik buka zip, saya terkejut apabila melihat ada selaras senapang dalam beg berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia mencari cacing dan memancing di kawasan tersebut adalah beberapa bulan lalu.

Bimbang kejadian tidak diingini, dia kemudian menghubungi anggota Balai Polis Tenang untuk memaklumkan penemuan senjata api tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan tersebut dan siasatan awal mendapati senjata api berkenaan buatan sendiri dan tidak lagi berfungsi.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak membeli dan melanggan senjata api tiruan atau buatan sendiri kerana ia kesalahan sekiranya menggunakan, menyimpan dan memiliki senjata api tanpa lesen sah.

“Bagi mereka yang memiliki senjata api tiruan atau buatan sendiri, saya meminta agar mereka menyerahkan ia ke balai polis berhampiran atau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");