Sukan Hari Ini

Marquez raih gelaran ketiga MotoGP AS

AUSTIN: Juara dunia, Marc Marquez tidak memerlukan drama untuk menjuarai perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Amerika Syarikat awal pagi tadi yang juga gelaran ketiga berturut-turut buatnya di Litar Austin, Texas.

Selepas menamatkan perlumbaan pembuka tirai MotoGP 2015 di Qatar di kedudukan lima, jaguh kelahiran Sepanyol itu menampilkan kebangkitan di litar dia memenangi perlumbaan pertama kelas elit MotoGP itu.

Memulakan perlumbaan di petak utama, penunggang pasukan Repsol Honda itu begitupun membiarkan penunggang Ducati, Andrea Dovizioso memimpin perlumbaan buat seketika sebelum kembali memintasnya untuk merangkul gelaran ke-20 sepanjang kariernya dalam MotoGP.

“Ia adalah masa untuk kembali ke kedudukan teratas dan cuba untuk mendapatkan kembali mata-mata yang dicicirkan,” kata Marquez yang mencatat kemenangan dengan kelebihan dua saat di depan Dovizioso.

“Saya merasa selesa dengan jentera. Perlumbaan ini memberikan keyakinan yang baik buat kami untuk menghadapi perlumbaan selepas ini.”

Ketinggalan 2.3 saat di belakang Marquez ialah Dovizioso yang terpaksa bersaing sengit dengan penunggang Movistar Yamaha, Valentino Rossi yang melengkapkan kedudukan podium.

“Kejuaraan ini amat panjang,” kata Rossi yang memenangi perlumbaan di Qatar, dua minggu lalu. “Kami masih berada di puncak.”

Ketika sesi kelayakan, semalam, Marquez terpaksa meninggalkan jentera utamanya untuk menggunakan jentera gantian bagi menghabiskan sesi kelayakan namun tetap melakukan masa terpantas di pusingan terakhir.

Perlumbaan di Austin turut ditangguhkan lebih 30 minit selepas air dilihat masih bertakung di litar akibat hujan pada sebelah malam yang memaksa krew litar berhempas pulas mengeringkannya.

Sejurus perlumbaan bermula, Dovizioso pantas memintas Marquez seawal selekoh pertama namun juara dunia termuda itu tidak menunggu lama untuk kembali memintas pada selekoh ke-12.

Sejurus memimpin perlumbaan, Marquez tidak melepaskannya kembali meninggalkan persaingan sengit yang membabitkan Dovizioso dan Rossi.

“Saya hampir untuk melanggarnya dan (saya fikir) kami berdua boleh terjatuh,” kata Dovizioso mengulas mengenai persaingannya dengan Rossi.

Dalam kelas Moto2, pelumba Speed Up Racing dan Britain, Sam Lowes meraih kemenangan pertamanya dalam kelas kedua Kejuaraan Dunia.

Pelumba Ajo Motorsport, Johann Zarco yang memimpin perlumbaan ketiga perlumbaan berbaki enam pusingan terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua diikuti pelumba Sepanyol, Alex Rins.

Seorang lagi pelumba Britain, Danny Kent turut mencatat kemenangan dalam kelas Moto3 yang juga kemenangan pertamanya bagi musim 2015 diikuti penunggang muda Ferancis, Fabio Quartararo manakala Efren Vazquez, ketiga.

Perlumbaan pusingan tiga MotoGP selepas ini adalah di GP Argentina, hujung minggu ini. – AP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");