Isu Panas

Nuridah Antara Disenarai Calon PAS Di PRK Rompin

KUANTAN: Sekurang-kurangnya tiga calon disenarai pendek PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Menurut sumber, salah seorang calon yang dipertimbangkan adalah bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh yang bertanding di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei 2013, tetapi tewas.

Difahamkan Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad merupakan seorang lagi nama yang turut dipertimbangkan sebagai calon.

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan bahawa seorang wanita dalam senarai pendek dengan sekurang-kurangnya dua calon lain.

Tuan Ibrahim berkata senarai tersebut akan dikemukakan kepada kepimpinan pusat untuk diputuskan.

“Kami sudah menyenaraikan beberapa calon yang layak,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan bahawa satu mesyuarat diadakan di ibu pejabat parti itu untuk membincangkan perkara tersebut tetapi masih belum dapat disahkan sama ada keputusan telah dicapai.

Sumber berkata nama-nama calon itu disenarai pendek lebih awal sebagai calon berpotensi untuk bertanding pada PRU yang akan datang.

Menurutnya, nama-nama tersebut sudah dihantar kepada ibu pejabat parti awal tahun ini.

“Kami sudah bersedia untuk mengaktifkan jentera parti untuk PRK ini.

“Cakap-cakap bahawa PAS memilih untuk tidak bertanding adalah spekulasi yang dicetuskan sesetengah pihak untuk menimbulkan kekeliruan,” katanya.

Ahli di bahagian itu turut teruja untuk besaing secara ‘gentleman’ dan berhemah, kata sumber tersebut.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pemangku Ketua Uumno Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin menggesa PAS untuk tidak bertanding di kerusi tersebut sebagai membalas langkah Barisan Nasional (BN) yang tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Kerusi Parlimen Rompin diisytihar kosong apabila penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis maut dalam nahas helikopter terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 5 Mei manakala tarikh penamaan calon pada 22 April ini.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");