Panasnya Hari Ini

Pemuda UMNO berdiri teguh dibelakang PM

najib_razak-khairy-UMNO_youth_support-pwtc-130415-TMI-KAMAL_ARIFFINPergerakan Pemuda Umno hari ini menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Razak selepas beberapa isu penting dijelaskan presiden Umno itu.

Najib melalui pertemuan selama lebih satu jam yang turut dihadiri Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin itu memberi penjelasan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan beberapa isu penting yang menyelubungi pentadbirannya.

Mengakhiri pertemuan itu, ketua-ketua pemuda Umno yang hadir menjulang Najib sambil menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita sambil melaungkan slogan “Lawan Tetap Lawan” dan “Hidup Datuk Seri”.

Dalam sidang media tersebut juga khairy menyatakan “Kita dalam Pemuda bukan pengikut buta tuli.” kata Khairy lagi ” Kalau nak bagi sokongan palsu bermuka-muka depan PM tak ada guna”. Kerana menurutu beliau sikap begitu akan membuatkan UMNO lebiih cepat karam.

Pemuda UMNO, kata Khairy mahu proses Audit 1MDB dpercepatkan dan PM pun bersetuju dengan permintaan mereka. Daam pertemuan itu juga menurut Khairy PM perjelas panjang lebar tentang isu 1MDB, isu Altantuya, Jambatan Bengkok, Isu Jet Kerajaan, tentang GST dan ekonomi semasa.

Gambar Ihsan Malaysian Insider

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");