Perak Hari Ini

Persatuan PPOC, Buka Peluang OKU Berdikari

IPOH: Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Negeri Perak kini telah membuka peluang kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk hidup berdikari dan melibatkan diri dengan masyarakat setempat.

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Rosmahwati Ishak dalam ucap utamanya berkata, program seperti itu merupakan salah satu pendekatan yang dilakukan oleh jabatannya bagi merapatkan warga OKU dengan masyarakat.

“Program ini membolehkan warga OKU berinteraksi dan bersama-sama dengan komuniti setempat.

“Kematangan PPOC sejak 38 tahun penubuhannya jelas terpancar apabila memberikan platform kepada warga OKU untuk membangunkan golongan ini secara menyeluruh,” katanya ketika majlis perasmian program berkenaan.

Hari Komuniti Bersama OKU merupakan julung-julung kali diadakan bersempena sambutan ke-38 tahun penubuhan persatuan tersebut.

PERAK TODAY 3
Program berkenaan dianjurkan oleh pihak PPOC dengan kerjasama Koperasi OKU Kinta Berhad.

Program yang berlangsung sehari itu merangkumi pelbagai aktiviti melibatkan golongan OKU seperti pertandingan memasak, bakat seni, mewarna bazaar, pameran serta persembahan muzik buskers.

Lebih daripada 250 hadir ke Hari Komuniti Bersama Orang Kurang Upaya (OKU)yang diadakan di hadapan pejabat Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Perak, pagi tadi, di sini.

PERAK TODAY 5

PERAK TODAY 4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");