Perak Hari Ini

PPOC Perlu Tapak, Bina Bangunan Untuk Golongan OKU

IPOH: Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) masih lagi berusaha untuk mencari tapak bagi keperluan membina sebuah bangunan tetap milik persatuan tersebut.

Timbalan Presiden PPOC, Kamarulzaman Abdullah, berkata, pihaknya boleh menganjurkan lebih banyak program untuk membangunkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sekiranya mereka mempunyai bangunan sendiri.

“PPOC pernah berusaha dengan membuat beberapa permohonan tanah sebelum ini, tetapi sehingga sekarang masih tidak berjaya,”katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, PPOC hanya menyewa dua blok kedai di Ampang Baru, di sini, dan pemilik bangunan berkenaan tidak mengenakan sewa mengikut kadar pasaran.

“Jika ikut kadar sewaan pasaran, sewanya mungkin sekitar RM3,000 ke RM3,500.

“Tetapi PPOC diberi sewa sebanyak RM1,200 dan kita lihat pemiliknya sebagai seorang yang dermawan” katanya.

Kamarulzaman turut berkata, kilang milik PPOC di Lapangan Permai turut disewa sebanyak RM1,500 walaupun jika kadar pasaran dalam lingkungan RM3,500 ke RM4,000.

Selain itu, beliau berkata, PPOC turut menganjurkan pelbagai program untuk menaikkan semangat golongan OKU tersebut.

“Program ini dianjurkan supaya golongan itu mampu untuk hidup berdikari tanpa memikirkan mereka itu cacat,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Hari Komuniti Bersama OKU di Ampang Baru, di sini, pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");