Jenayah

Remaja lemas di lombong

Kulim: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemui lemas di sebuah lombong di Taman Angsana, Kulim, di sini, 11.30 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Faiz Nizam ditemui ditemui di dasar lombong sedalam tiga meter.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu 11.48 pagi dan tiba ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Menurutnya, mangsa ditemui pada 12.30 tengah hari dan dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Soong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");