Sukan Hari Ini

‘Saya nampak besi melayang’

IPOH – “Saya lihat sendiri penyokong JDT (Johor Darul Ta’zim) memba­ling besi ke arah penyokong Pe­rak yang berada di tempat duduk penonton, tetapi tidak kena.

“Saya nampak penyokong JDT menuju ke salah satu pintu stadium dan cuba mengejar penyokong Perak, namun dihalang oleh pagar yang memisahkan padang dengan tempat duduk.”

Itu kenyataan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin ketika menyuarakan kekecewaan berhubung kekecohan yang dicetuskan segelintir penyokong JDT ketika pasukan itu tewas 1-2 kepada Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

Katanya, PAFA akan membuat laporan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta menuntut ganti rugi.

Menurutnya lagi, insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku ke­rana hasil perbincangan dengan pasukan keselamatan, penyokong Perak keluar dari stadium terlebih dulu, diikuti penyokong JDT.

“Ekoran itu, selepas perlawanan kita mengarahkan semua penyokong JDT masuk ke kawasan padang sementara menunggu penyokong Perak beredar sepenuh­nya dari kawasan stadium.

“Namun tanpa diduga, penyokong JDT bertindak liar ketika dikumpulkan di tengah padang. Kalau kita tidak cukup kawalan keselamatan mereka menyalahkan kita, tetapi apabila sudah cukup kawalan keselamatan, segelintir penyokong pula bertindak liar,” katanya.

Perlawanan semalam menyaksikan Perak mengejutkan JDT 2-1 hasil jaringan Charles Souza Chad dan Muhd. Nurridzuan Abu Hassan pada babak kedua setelah JDT mendahului menerusi Mohd.

Aidil Zafuan Abdul Radzak. Abdul Aziz mendakwa, beliau difahamkan dalam stadium ada juga berlaku pergaduhan sesama penyokong JDT yang terdiri daripada dua kumpulan berasingan, namun berjaya dikawal.

Katanya, sebanyak 570 anggota keselamatan termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), polis dan daripada Pafa ditugaskan untuk menjaga ketenteraman.

Berhubung pemain JDT menaiki kenderaan FRU selepas perlawanan tamat, beliau berkata, ia sebagai langkah keselamatan.

Sementara itu, Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu bas persiaran membawa penyokong JDT yang mendakwa cermin sebelah kiri hadapan dan belakang kende­raannya retak ekoran dibaling batu dalam kejadian awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian tersebut didakwa berlaku pada pukul 1.45 pagi ketika bas berkenaan sedang me­lalui bawah jejambat sebelum tiba di Tol Ipoh Selatan sewaktu dalam perjalanan dari Perak ke Johor. – www.utusan.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");