Berita Hari Ini

‘Tiada kenaikan elaun tahun ini’

KLANG – Elaun guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di Selangor yang menjadi kontroversi, diputuskan tidak akan berlaku kenaikan pada tahun ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan negeri sudah menilai justifikasi dan dimuktamadkan kenaikan setara iaitu RM1,500 seperti yang dijanjikan untuk setiap guru Kafa tanpa membezakan tahun berkhidmat demi keadilan kepada semua.

Bagaimanapun katanya, elaun guru Kafa tidak akan dinaikkan tahun ini memandangkan kerajaan negeri tiada peruntukan.

“Saya harap kontroversi ini dihentikan memandangkan ia bukanlah isu besar.

“Hasil kajian mendapati kenaikan elaun bukanlah suatu jumlah yang besar, meskipun mem babitkan lebih 6,000 guru Kafa di negeri ini. Peruntukan tambahan itu RM18 juta setahun,” katanya pada program ramah mesra bersama guru besar, Ketua Guru Sekolah Rendah Agama (SRA), Guru Besar Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Mudir Maahad Tahfiz, di Masjid Nurul Amin, Kg Delek, semalam.

Beliau mengulas isu elaun guru Kafa yang dicetuskan oleh tindakan nekad seorang guru dari SRA Pekan Kapar yang menyerbu Sidang Dun pada 8 April lalu, untuk menuntut kenaikan elaun guru Kafa di Selangor.

Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 24, bertindak demikian dengan alasan membawa suara hati lebih 10,000 guru Kafa di negeri ini dan menuntut janji yang dimainkan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menerusi manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Kerajaan negeri sebelum ini memberitahu akan mengkaji terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");