Perak Hari Ini

Seorang Maut, Lori Bawa Simen Terbabas Dekat Gerik

GERIK: Seorang maut manakala seorang lagi cedera apabila lori treler yang membawa muatan simen terbabas sebelum terbalik dalam longkang di KM17 Jalan Raya Timur Barat (JRTB), dekat sini, lewat petang semalam.

Treler berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Kelantan.

Ketua Operasi Menyelamat, Razman Ariffin, berkata pihak Bomba dan Penyelamat Gerik menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 7.10 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, pihak bomba menggunakan hidrolik cutter dan spreader bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa yang cedera dikeluarkan pada jam 8.30 malam.

“Manakala mangsa yang meninggal dunia dikeluarkan 15 minit kemudian,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");