Perak Hari Ini

Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Haram Degil :MB Inc

IPOH: Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) akan mengambil tindakan tegas terhadap peneroka haram yang masih berdegil dan tidak mahu berpindah keluar dari tanah milik perbadanan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminudin Hashim berkata, pihaknya telah memberi satu jangka masa yang cukup lama untuk peneroka berkenaan berpindah keluar daripada tanah kawasan tapak pembangunan tersebut.

“Projek yang sepatutnya boleh memberi manfaat kepada ribuan penduduk di negeri Perak terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh pihak yang berkenaan menghalang kami untukmeneruskannya.

“Kita telah memberi satu jangka masa yang lama iaitu hampir setahun kepada mereka untuk berpindah keluar daripada kawasan berkenaan,”katanya dalam sidang media di Bilik Media di Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC), di sini, hari ini.

Turut hadir sama, peguamnya, Jasbeer Singh Kaura.

Beliau berkata, pihaknya telah bertolak ansur dengan peneroka haram perkenaan dengan memberi mereka masa untuk berpindah keluar.

“Mereka telah terlalu lama meneroka tanah berkenaan untuk tujuan industri komersial dan kami telah bertimbang rasa dengan memberikan mereka masa.

“Namun ada diantara peneroka haram berkenaan mengambil kesempatan di atas kebaikan kami kepada mereka dan perkara ini tidak lagi boleh dibiarkan,” jelas beliau lagi.

PERAK TODAY 2

Jelasnya, pihaknya kesal dengan tindakan beberapa peneroka yang mengambil kesempatan dengan kebaikan daripada pihaknya dan melakukan perkara yang diluar jangkaan.

“Mereka bukan sahaja tidak mahu keluar dari kawasan berkenaan malah telah melakukan demostrasi dan juga membuat sidang media.

“Terdapat juga yang membuat permintaan yang tidak munasabah dengan meminta bayaran mencecah jutaan ringgit untuk memulangkan semula tanah berkenaan,” kata beliau lagi.

Tambahnya, pihaknya telah pun mendapatkan arahan mahkamah untuk menghalau ke semua peneroka haram itu untuk keluar dari kawasan milik MB Inc tersebut.

“MB Inc mempunyai kuasa mutlak terhadap tanah tersebut dan tiada pihak lain yang mempunyai hak selain kami.

“Kami juga telah memulakan proses untuk mengusir mereka melalui arahan mahkamah yang telah diserahkan kepada mereka sebelum ini.

“Setakat ini, hanya beberapa orang peneroka haram yang menjalankan aktiviti penternakan telah secara sukarela keluar daripada kawasan tersebut setelah memperolehi notis,” katanya lagi.

Mengulas mengenai terdapat peneroka haram di situ mendakwa tidak menerima notis berkenaan, beliau menafikan dakwaan berkenaan.

PERAK TODAY 4

“Sebenarnya notis telah diberikan bukan sahaja kepada mereka yang telah dikenalpasti tetapi mereka yang menceroboh dan tidak dikenali kerana mereka ini sering bertukar-tukar.

“Kita juga telah memberikan notis secara penyerahan tangan serta menampalnya, jadi bagi saya mustahil jika mereka tidak mengetahui bahawa tanah tersebut milik MB Inc dan kita telah mengambil proses undang-undang.

“Mustahil mereka tidak tahu melainkan mereka mengambil pendekatan untuk mengabaikannya,” tegas beliau lagi.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa tiada alasan untuk mempolitikan isu hak milik tanah tersebut.

“Kalau semua orang melihat situasi ini daripada perspektif politik, ini satu yang tidak sihat.

“Ini kerana, kita mahu membuat pembangunan yang mampu memberi manfaat kepada kesemua rakyat tidak kira mereka mempunyai ideologi politik yang berbeza,” kata beliau lagi.

Beliau menasihati agar pihak yang berkenaan untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh mahkamah dan menghormati hak pemilik tanah tersebut.

Pembangunan projek Bandar Tasek Amanjaya yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Kinta Lake District’ yang bakal dibina di kawasan Siputeh dekat Tronoh mampu membuka peluang pekerjaan dan memberi manfaat kepada ribuan masyarakat setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");