Isu Panas

Wan Azizah nafi 5 ADUN PKR lompat parti

SEBERANG JAYA: Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menafikan dakwaan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR akan melompat parti dan bekerjasama dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Wan Azizah yang ditemui di Program Tampil di Dewan Pauh Jaya sebentar tadi, berkata laporan di satu laman berita bahawa ada usaha untuk Abdul Khalid menerajui kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah enggan memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Sementara itu, tidak sampai 50 penduduk hadir pada program itu walaupun majlis diadakan pada hari cuti hujung minggu dan di tengah kawasan perumahan.

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zulkifli Ahmad dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Aida Yusof Rawa.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");