Jenayah

Rokok haram RM100,000 dirampas

Pelabuhan Klang: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 15,000 paket pelbagai rokok seludup dianggarkan bernilai RM100,000 selepas memeriksa bot pancung di Perairan Batu Laut, Kuala Langat dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, APMM mengesan bot dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 0.8 batu nautika perairan berkenaan.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata, bot berkenaan tersekat akibat air cetek.

Beliau berkata, selepas memeriksa bot berkenaan pihaknya menemui 37 bungkusan mengandungi pelbagai jenama rokok yang mahu dibawa masuk ke negara ini secara haram.

“Pemilik dan pemandu bot itu melarikan diri ke darat selepas menyedari kehadiran pasukan kami.

“Bot dan barang rampasan dibawa ke jeti APMM di Pelabuhan Utara,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");