Panasnya Hari Ini

Pemuda UMNO Gesa Negara ASEAN Selesaikan Isu Pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menggesa agar Malaysia selaku pengerusi ASEAN agar mengadakan mesyuarat tergempar bagi meghentikan diskriminasi kekejaman kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan dan penganiayaan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya bukan lagi masalah negara berkenaan.

“Tindakan dan penganiayaan kerajaan Myanmar merupakan krisis kemanusiaan serantau yang perlu tindakan segera oleh komuniti negara ASEAN.

“Oleh itu, Malaysia selaku pengerusi ASEAN perlu mengadakan mesyuarat tergempar dan membuat tuntutan supaya Myanmar menghentikan diskriminasi terhadap masyarakat Rohingya,”katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya lagi, kerajaan Myanmar telah menafikan kewarganegaraan, kebebasan bersuara, akses kepada pendidikan dan faedah lain kepada hampir satu juta masyarakat Rohingya di negara itu.

“Perkara ini membawa kepada penghijrahan masyarakat tersebut.

“Saya melihat usu ini dengan penuh rasa bimbang apabila hampir 8,000 masyarakat Rohingya dan pelarian Bangladesh yang masih terkandas di laut tanpa makanan dan air,”katanya.

Menurut beliau lagi, pemimpin ASEAN perlu memainkan peranan untuk menyediakan bantuan kemanusiaan sementara menanti penyelesaian bagi satu jangka masa panjang.

Azwan turut berkata, pihaknya akan menulis surat kepada semua pemimpin muda di seluruh negara ASEAN untuk mengambil pendirian yang lebih proaktif dalam membantu nasib pelarian Rohingya.

“Krisis pelarian ini menonjolkan kesepakatan kita dalam menangani perbalahan, sama ada baik mahupun buruk.

“Kami yakin bahawa pihak tertinggi ASEAN akan berpegang teguh pada usaha penyelesaian krisis ini,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");