Isu Panas

Lawa: Platform MCA bela nasib wanita

JOHOR BAHRU – Wanita MCA negeri menubuhkan Pusat Bantuan Wanita dan Penasihat Undang-undang (Lawa) sebagai membela nasib golongan berkenaan yang teraniaya dalam pelbagai masalah yang dialami mereka.

Timbalan Pengerusi Lawa negeri, Chang Mei Kee berkata, untuk peringkat permulaan penubuhan pusat tersebut ditubuhkan di peringkat Johor Selatan melibatkan Gelang Patah, Pasir Gudang, Kulaijaya, Tebrau, Batu Pahat, Johor Bahru, Pulai dan Pengerang.

“Penubuhan Lawa ini telah dilancarkan di peringkat Wanita MCA peringkat pusat sejak tahun lalu dan selepas ditubuhkan, pusat ini dilihat dapat membantu dan panduan golongan wanita mendapatkan khidmat nasihat guaman mengikut masalah masing-masing.

“Jadi, berdasarkan pengalaman tersebut kita di peringkat negeri turut melakukan perkara yang sama dan buat permulaan Lawa bertumpu untuk kawasan Johor Selatan sebelum turut dilaksanakan di kawasan Johor Tengah dan Johor Utara,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Wanita MCA negeri, Wong You Fong.

Mei Kee berkata, Lawa bertindak memberi khidmat nasihat secara percuma berhubung permasalahan yang dialami oleh golongan wanita dan permasalahan berkenaan akan disalurkan kepada agensi awam yang berkaitan.

“Ia terbuka kepada semua kaum dan kita akan berikan nasihat secara percuma berdasarkan masalah yang dialami. Jika ia berkaitan keganasan rumah tangga kita akan rujuk masalah tersebut kepada polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.

“Jika perlu untuk perlantikan peguam, kita akan turut bantu mereka. Ini adalah khidmat sosial Wanita MCA untuk membantu golongan yang tidak tahu merujuk permasalahan mereka kepada pihak yang tertentu sebagai membela nasib golongan ini,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");