Jenayah

Ajal bawah tayar traktor

Segamat: Seorang pekerja ladang warga Indonesia berusia 29 tahun maut dihempap tayar traktor yang terbabas ke dalam paya di FELCRA Tebing Tinggi, Segamat, Johor kira-kira 4 petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah Segamat, Md Sailan Serin berkata, mangsa dikenali sebagai Sukarti dari Kampung Limbungan, Mataram meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.07 petang, sepasukan anggota bomba dan pegawai operasi bersama jentera ke tempat kejadian.

“Mangsa kemudian dikeluarkan menggunakan mesin hidrolik dengan bantuan anggota polis dan orang awam,” katanya.

Difahamkam, ketika kejadian traktor berkenaan membawa kira-kira 10 pekerja ladang selepas selesai bekerja dan setibanya di tempat kejadian, kenderaan itu dikatakan terbabas dan terjunam ke dalam paya.

Mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");