Berita Hari Ini

Amaran ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri

KUALA LUMPUR: Aktiviti ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ketinggian ombak 3.5 meter itu berbahaya kepada semua bot-bot kecil.

Sementara itu, angin kencang barat daya dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Selain berbahaya kepada bot-bot kecil, jabatan berkenaan turut menyatakan keadaan itu turut berbahaya kepada sebarang kegiatan rekreasi laut serta sukan laut. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");