Berita Hari Ini

Bendi RM20, restoran diperiksa kali kedua dalam tempoh 48 jam

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menjalankan pemeriksaan buat kali kedua dalam tempoh 48 jam di sebuah restoran nasi kandar di Bukit Jambul di sini selepas menerima aduan mengenai penjualan empat batang bendi pada harga RM20.

Pemeriksaan dijalankan kira-kira pukul 11 pagi tadi melibatkan lima anggota dan pegawai penguat kuasa KPDNKK.

Jurucakap KPDNKK berkata, kehadiran pihaknya setelah menerima aduan berhubung penyebaran sekeping resit yang menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan WhatsApp sejak malam kelmarin.

Menurutnya, resit yang bercetak itu dikeluarkan kira-kira pukul 3.02 petang pada bertarikh 23 Mei lalu.

“Hasil pemeriksaan di papan tanda senarai menu di premis terbabit mendapati harga sebatang bendi dijual 40 sen dan soal siasat ke atas pengusahanya telah mengakui berlaku kesilapan daripada juruwang.

“Kita memberi notis tunjuk sebab selama tiga hari kepada pengusaha bagi menjelaskan perkara sebenar berlaku. Siasatan lanjut sedang dijalankan sekiranya berlaku Anti Percatutan,” jelasnya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

– KOSMO!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");