Berita Hari Ini

AS mengaku kirim antraks ke Australia

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) mengaku telah mengirim lima bakteria hidup antraks ke Australia pada 2008.

Bakteria maut itu dipercayai dikirim dari kemudahan makmal tentera AS.

“Kami sedang menjalankan siasatan bagaimana kesilapan seumpama ini boleh berlaku.

“Apa pun, kami cuba mengesan ke mana lagi (negara) ia dikirim selain daripada Australia,” kata pegawai AS.

Sementara itu, menurut laporan Sydney Morning Herald, Menteri Luar Australia, Julie Bishop menegaskan insiden 2008 itu tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik kedua negara.

“Tentera AS juga telah memberi jaminan bahawa tiada risiko jangkitan kepada kesihatan awam.

“Canberra juga mengambil bahagian dalam siasatan ini dan berpuas hati dengan perkembangannya,” kata Bishop, semalam.

Pendedahan AS pada Jumaat itu, memberi gambaran mengenai masalah pengendalian sampel antraks hidup yang sepatutnya dimusnahkan kemudahan tentera di Utah.

Rabu lalu, Pentagon mendedahkan bahawa tentera secara tidak sengaja mengirim bakteria antraks hidup ke sembilan makmal di seluruh negara.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas seramai 22 anggota mungkin terdedah kepada bakteria maut itu semasa latihan di pangkalan tentera AS di Korea Selatan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");