Sukan Hari Ini

‘Bakat Gerrard taraf dunia’

Liverpool: Brendan Rodgers mendakwa Steven Gerrard (gambar) pasti sukar diganti selepas kapten Liverpool itu melengkapkan penampilan kedua terakhir di Anfield dengan gol kemenangan 2-1 ke atas QPR.

Gerrard gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua namun bangkit tepat pada masanya untuk menanduk masuk gol ke-184 buat kelab itu pada minit ke-87, melonjaknya ke tangga kelima senarai penjaring gol terbanyak Liverpool sepanjang zaman.

Pemain berusia 34 tahun itu kini hanya mempunyai satu perlawanan di laman sendiri sebelum menamatkan tempoh 16 tahun dalam pasukan utama di Liverpool untuk menyertai LA Galaxy di Amerika Syarikat dan bos Reds, Rodgers pantas memuji bintangnya itu.

“Ramai pemain apabila terlepas sepakan penalti, permainan dan keyakinan mereka hilang. Dia amat berbeza. Dia seorang daripada sekelompok pemain unik yang boleh bangkit jika perlu,” jelas Rodgers.

“Ia bakat bertaraf dunia. Hanya ada sekumpulan kecil pemain dalam kelompok itu yang menjaringkan gol dalam perlawanan besar dan memberi sumbangan besar dan dia sudah lakukannya sepanjang kariernya.

“Dia terlepas penalti dan anda fikir kami mungkin kalah tapi tiada siapa lebih berazam untuk menebus kesilapan itu selain dia.”

Bekas kapten England itu menerima tepukan gemuruh ketika digantikan sebaik selepas menjaringkan gol yang mengekalkan Liverpool di tangga kelima Liga Perdana. – AFP – See more at: http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");