Jenayah

Ibu maut, bayi terselamat

Machap: Seorang wanita 27 tahun maut kereta dipandu terbabas di Jalan Ayer Hitam dekat Kampung Seri Maju, Machap, 1.45 ptg tadi.

Dalam kejadian, Siti Nor Hikmah Ibrahim, maut selepas Proton Saga dipandu bersama bayinya berusia 7 bulan terbabas rempuh tiang elektrik setibanya di tempat kejadian.

Ketua Operasi, Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam,Ramli Said berkata, mangsa mati di tempat kejadian manakala bayinya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan.

“Kami terima panggilan pada jam 1.53 ptg dan tiba bersama empat anggota dan keluarkan mangsa yang tersepit kurang dari lima minit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Suprintendan Din Ahmad mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");