Jenayah

Bebas tuduhan rompak, cedera peniaga ayam

KANGAR – Mahkamah Sesyen Kangar semalam membebaskan seorang pemandu van ayam dari tuduhan merompak dan mencederakan seorang peniaga ayam dengan menggunakan besi di Kampung Sena off Jalan Tok Peduka di sini, tahun lalu.

Mohd Afif Abdullah, 26, dari Alor Setar, Kedah bagaimanapun diperintahkan Hakim Azhar Mokhtar supaya membayar pampasan sebanyak RM6,000 kepada mangsa.

Mengikut pertuduhan, Mohd Afif bersama dengan seorang yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan terbabit di hadapan sebuah rumah di Kampung Sena Off Jalan Tok Peduka, Kangar, Perlis pada 2 September 2014 kira-kira jam 4 pagi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan rompak berkumpulan ke atas Abdul Karim Abdul Rahman, 52, dengan menggunakan besi dan menyebabkan mangsa cedera parah.

Terdahulu tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan itu di mahkamah yang sama pada 31 Oktober 2014.

Mohd Afif didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan kelihatan tersenyum dan bersahaja sebaik keputusan dibacakan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");