Sukan Hari Ini

Dollah senaraikan 30 pemain untuk sesi latihan

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh menyenaraikan 30 pemain termasuk 14 pemain daripada pasukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk sesi latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula esok di Padang PKNS, Kelana Jaya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman sesawangnya; www.fam.org.my, memaklumkan sesi latihan berkenaan merupakan persediaan Dollah bagi menghadapi perlawanan antarabangsa A bertemu Hong Kong di Stadium Shah Alam, 6 Jun ini.

Perlawanan berkenaan merupakan medan pemanas untuk skuad kebangsaan bagi menghadapi dua aksi Kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 yang turut bertindak sebagai pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Malaysia dijadual menentang Timor Leste pada 11 Jun ini sebelum berdepan Palestin, lima hari kemudian dan kedua-dua perlawanan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

FAM menjelaskan daripada senarai 30 pemain berkenaan, Dollah hanya akan menggunakan 23 pemain bagi dua aksi pusingan kelayakan itu.

Dollah tidak dapat menggunakan khidmat pemain JDT dan Pahang pada aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur FC di Stadium Shah Alam semalam memandangkan dua pasukan Liga Super itu terlibat dalam saingan pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Malaysia kalah 2-1 pada aksi persahabatan berkenaan.

Senarai 30 pelatih:

——————–

Yong Kuong Yong (Pulau Pinang); Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan); Mohd Muslim Ahmad, Mohd Afif Amiruddin (kedua-duanya pemain PDRM); Ronny Harun, Joseph Kalang Tie (kedua-duanya pemain Sarawak); Mohd Zubir Mohd Azmi, Norshahrul Idlan Talaha (kedua-duanya pemain Terengganu).

Mohd Nasir Basharuddin, Mohd Zamir Selamat (kedua-duanya pemain Perak); Mohd Azmi Muslim, Ahmad Hazwan Bakri, Afiq Azmi (Selangor); D. Christie Jayaseelan, Indra Putra Mahayuddin, Ahmad Syamim Yahya (kesemuanya pemain Felda United FC).

Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, R. Gopinathan, Azamuddin Mohd Akil (kesemuanya pemain Pahang); Mohd Farizal Marlias, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Fadhli Shas, Junior Eldstal, S. Kunalan, Mahalli Jasuli, Safiq Rahim, S. Chanturu, Mohd Amri Yahyah, Mohd Safee Mohd Sali, Aidil Zafuan Abd Radzak (kesemuanya pemain Johor Darul Ta’zim). – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");