Berita Hari Ini

Belanda haram pemakaian niqab

ARMSTERDAM, 24 Mei :

Kabinet Belanda telah meluluskan larangan pemakaian niqab di tempat awam, yang merangkumi sekolah-sekolah, hospital dan dalam pengangkutan awam.

Perdana Menteri Mark Rutte yang dipetik daripada Aljazeera sebagai berkata, larangan itu tidak terpakai untuk orang ramai yang memakai niqab di jalanan, tetapi hanya terpakai dalam ‘keadaan tertentu di mana individu itu perlu untuk dilihat secara keseluruhan’, atas sebab-sebab keselamatan.

Selain itu, Rutte turut berkata kerajaan telah mencuba untuk mencari keseimbangan antara kebebasan rakyat untuk memakai pakaian yang mereka mahu dan juga kepentingan komunikasi bersama dan dikenali.

Rang undang-undang itu telah dimulakan oleh Menteri Dalam Negeri Belanda, Ronald Plasterk, yang tidak memiliki ‘latar belakang agama’, lapor portal Aljazeera.

Sementara itu, satu rang undang-undang sebelum ini telah mengharamkan tudung walaupun ketika di jalan, yang disokong oleh aktivis anti Islam, Geert Wilders.

Rang yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini itu bagaimanpun akan ditarik balik.

Kerajaan mendapati tiada sebab untuk larangan umum yang terpakai bagi semua tempat awam, lapor agensi berita AFP.

Di bawah rang undang-undang baru itu, wanita yang didapati mengenakan niqab dan jubah penuh di tempat awam akan dikenakan denda sehingga 405 euro (RM1,606).

Menurut laporan daripada media tempatan, hanya sekitar 100 dan 500 wanita Muslim memakai niqab di sini.

-therakyatpost

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");