Jenayah

Ditahan salah guna pas lawatan

KUANTAN – Lima wanita warga asing ditahan hasil serbuan ke atas pusat kecantikan di Jalan Tun Ismail 2 di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan diketuai Ketua Balai Polis Kuantan, Asisten Superintenden Rusdi Abd Rashid kira-kira jam 9.30 malam itu mendapati, kesemua wanita terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat kecantikan itu tanpa permit kerja yang sah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya turut menahan dua pelanggan lelaki warga asing kerana didapati tiada dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang wanita dipercayai penjaga premis kerana mengajikan pekerja asing tanpa permit.

“Serbuan dilakukan hasil maklumat itu turut membongkar penggunaan dadah di kalangan pekerja pusat kecantikan itu apabila tiga daripada wanita yang ditahan didapati positif dadah jenis amphetamine,” katanya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mengerakkan pasukan menyerbu pusat tersebut selepas mendapat maklumat.

“Semasa serbuan dilakukan, terdapat 13 individu termasuk lima pelanggan warga tempatan, dua warga asing dan lima pekerja wanita serta seorang penjaga premis.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warga asing itu ‘bermasalah’ apabila menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja tanpa permit dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya.

Beliau berkata, penjaga premis ditahan selepas dia gagal mengemukakan sebarang dokumen berhubung pekerja wanita warga asing yang digajinya itu.

“Kesemua warga asing itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");