Sukan Hari Ini

Faris akui kehebatan TRW

PEMAIN sayap lincah Singa Kota, Faris Ramli akui untuk menewaskan juara dua kali, Kelantan bukanlah tugas mudah, namun ia tidak mustahil mampu dilakukan.

Faris yang turut tersenarai dalam skuad Sukan Sea Singapura, percaya inilah peluang terbaik buat pasukannya melakar kejayaan walaupun sebelum ini dianggap bukan pilihan melangkah ke pentas akhir.

“Kami yakin dan percaya mampu menjulang piala tersebut kerana memiliki semangat juang tinggi serta tidak mudah menyerah kalah. Kami mahu mencatat lebih banyak kejayaan tahun ini.

“Jurulatih telah membuat persediaan rapi beberapa hari lepas, melihat video aksi Kelantan dan sebagainya, begitu juga kami selaku pemain yang bersedia dari segi mental dan fizikal.

“Kelantan sebuah pasukan yang kuat, bagi kami berdepan mereka perlu ada sesuatu yang istimewa dan kami mempunyai ramai pemain berbakat,” katanya yang tidak sabar menanti aksi final, malam ini.

Faris yang turut menjaringkan gol pada separuh akhir pertama berdepan Terengganu di Stadium Jalan Besar, berkata, pasukan berkenaan menampilkan prestasi yang baik semasa ketiadaannya yang menyertai latihan skuad bawah 23 tahun Singapura di Jepun, semasa aksi separuh akhir kedua Piala FA.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");