Perak Hari Ini

Lelaki Maut Akibat Lemas

HUTAN MELINTANG: Seorang lelaki lemas akibat terjatuh daripada bot yang dinaikinya dalam kejadian yang berlaku petang semalam, di sini.

Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.20 petang.

“Setibanya anggota penyelamat di lokasi kejadian mendapati, terdapat seorang mangsa yang dipercayai lemas akibat jatuh daripada bot nelayan.
IMG-20150523-WA0003
“Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak polis, mangsa terjatuh kira-kira jam 6.00 pagi, semalam,” katanya.

Tambahnya lagi, mangsa merupakan seorang lelaki dan berumur dalam lingkungan 30-an dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti.

Operasi menyelamat itu diketuai oleh PBK II Izuwan Yahya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");