Jenayah

Gadis maut kereta rempuh belakang MPV

KUANTAN – Seorang gadis terbunuh manakala dua rakannya cedera selepas kereta jenis Honda City yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 203.9 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat sini, semalam mengakibatkan MPV yang dinaiki pasangan suami isteri itu terbalik.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, kereta yang dipandu rakan mangsa gagal dikawal mengakibatkannya merempuh belakang MPV itu.

“Akibat rempuhan itu, mangsa, Ng Lilian, 18, dari Diamond Valley Ind Park, Bayan Lepas, Pulau Pinang yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar melalui tingkap belakang dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Rakan mangsa, yang juga pemandu kereta, Khor Kar Tien, 22, berasal dari Georgetown, Pulau Pinang mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Beliau berkata, penumpang hadapan iaitu adik kepada Kar Tien, Khor Kar Hoe, 19, juga beralamat sama turut dirawat sebagai pesakit luar di HTAA.

Siasatan awal, katanya, ketiga-tiga mangsa terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Abdul Aziz berkata, polis tidak menolak kemungkinan rakan mangsa dipercayai memandu laju sebelum merempuh belakang MPV berkenaan.

“MPV yang dipandu Wan Yuszaimy Wan Yusoff, 37, berasal dari FELDA Jengka 13, Maran bersama isterinya, Karimah Ismail, 37, itu bergerak di laluan kiri namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sampel darah dan air kencing pemandu dan penumpang hadapan kereta itu diambil untuk ujian Jabatan Kimia dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi polis di balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");