Perak Hari Ini

Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35: Dimulakan Dengan Istiadat Kawalan Kehormatan

PERAKTODAY11

KUALA KANGSAR: Istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 Sultan Nazrin Shah berlangsung hari ini di Dataran Istana Iskandariah dekat sini.

Majlis yang berlangsung pada jam 8.15 pagi bermula dengan istiadat kawalan kehormatan yang diringi oleh Pegawai Memerintah RAJD 2 Divisyen, Leftenan Kolonel Sharuddin Mohd  Noh.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim berkenan untuk berangkat ke majlis tersebut sekitar jam 9 pagi tadi.

Turut berangkat ke majlis tersebut, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain serta Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Lagu kebesaran negeri Perak dimainkan dan baginda berkenaan untuk melakukan pemeriksaan kawalan kehormat tersebut.

Sultan Nazrin kemudiannya menerima hormat Diraja daripada kawalan kehormat sebelum lagu kebesaran negeri Perak dimainkan semula.

Baginda berangkat meninggalkan istiadat kawalan kehormat sekitar jam 9.15 pagi.

PERAKTODAY8

Istiadat Pertabalan hari ini juga turut diiringi pancaragam daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sejurus selepas ini berlangsungnya acara istiadat Tabal Adat dengan penuh adat istiadat negeri bertempat di Balairong Seri Istana Kuala Kangsar.

Pelbagai acara berbentuk keagamaan dan acara adat istiadat yang memberi peluang buat Baginda mendampingi rakyat melibatkan penyertaan rakyat jelata, warga emas, golongan remaja dan pelajar akan dilaksanakan dalam tempoh masa sambutan lstiadat Pertabalan.

PERAKTODAY9

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");