Jenayah

Maut ditetak abang

Shah Alam: Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas ditetak di kediaman mereka di Seksyen 36, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa, M Gunalan, 37, dipercayai diserang abangnya sebelum ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mangsa ditemui seorang lagi abangnya yang datang ke rumah mereka.

“Suspek melarikan diri sejurus kejadian berkenaan dan kami sedang mengesannya dan menyiasat punca sebenar kejadian.

“Mangsa dan isterinya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat dan rawatan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");