Sukan Hari Ini

Kecederaan bantut hajat Fifie

Pelumba BikeArt Racing Kawasaki yang lebih dikenali sebagai Fifie itu beraksi dalam kelas Asia Production 250 (AP250) namun dinasihatkan doktor agar tidak beraksi di Indonesia berikutan kecederaan kaki setelah terlibat dengan kemalangan sewaktu beraksi dalam
perlumbaan akhir Pro-Am Cup Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Terengganu, Sabtu lalu.

Fifie mengalami patah kaki kiri dan terpaksa menjalani pembedahan yang memaksa pelumba berusia 19 tahun itu berehat selama enam minggu dan menyaksikan dia turut terlepas aksi Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix di Melaka pada 13 dan 14 Jun depan.

“Kemalangan dan kecederaan seperti ini sesuatu yang tidak dijangka dan boleh berlaku kepada pelumba tidak kira bila dan bagaimana.

“Saya mahu beraksi di Indonesia, namun doktor nasihatkan saya supaya berehat dan memberi tumpuan untuk proses pemulihan terlebih dahulu.

“Meskipun agak kecewa kerana terlepas peluang beraksi di luar negara buat pertama kali, namun saya akur dengan keputusan doktor dan keputusan ini penting untuk saya juga.

“Lagipun, dengan keadaan seperti ini, sukar untuk saya beraksi dengan baik,” kata Fifie.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");