Berita Hari Ini

Kedutaan Malaysia di Kathmandu beroperasi semula sepenuhnya

KATHMANDU 25 Mei – Kedutaan Malaysia di Kathmandu beroperasi semula sepenuhnya pada Isnin selepas pejabat itu dipindahkan ke lokasi baharu di Sanepa daripada Lalitpur minggu lepas.

Menurut notis Kedutaan Malaysia di sini, kedutaan itu beroperasi semula sepenuhnya dari lokasi baru mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang Isnin hingga Jumaat.

“Ya, kami telah bekerja semula sepenuhnya,” kata Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah kepada Bernama.

Kedutaan menggantung operasinya untuk beberapa hari berikutan bangunan yang menempatkan pejabat kedutaan rosak teruk akibat gempa bumi 25 April dan diisytiharkan tidak selamat.

Bagaimanapun, operasi disambung semula secara separa atau terhad selepas beberapa hari sahaja untuk mengeluarkan visa sosial.

Dalam notis itu, kedutaan itu berkata, orang ramai boleh mengemukakan permohonan untuk visa sosial atau pelajar antara 9 pagi dan 11 pagi dan mengambil visa antara 2 petang dan 4 petang mulai Isnin hingga Jumaat.

Begitu juga, mereka yang ingin mendapatkan visa pekerjaan dikehendaki mengemukakan permohonan mereka antara 10 pagi hingga 12 tengah hari dan mengambilnya antara 3 petang hingga 4 petang mulai Isnin hingga Jumaat.

Malaysia merupakan destinasi paling popular untuk pekerja Nepal.- BERNAMA

-Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");